Instrumen Pendapatan Tetap untuk Pelabur Baharu (Bahagian 1/2)
SHARE THIS PAGE:
Bon atau instrumen pendapatan tetap lazimnya merupakan komponen teras portfolio dana persaraan dan insurans kerana cirinya yang stabil dan keupayaan menjana pendapatan. Bagaimanapun, tidak banyak maklumat tentang selok-beloknya diketahui oleh pelabur runcit kerana kosa kata khusus dan istilah yang mungkin mengelirukan.

Dalam edisi Fundamental Flash terbaharu, kami akan memberikan sedikit pencerahan bagi beberapa istilah rumit tersebut dan juga membetulkan salah faham umum tentang kelas aset yang stabil ini.
Apa itu bon?
Bon ialah hutang atau instrumen pendapatan tetap seperti mana-mana pinjaman biasa lain.

Penerbit (peminjam) seperti syarikat dan kerajaan menggunakan pasaran bon untuk memenuhi keperluan pendanaan masing-masing termasuk perbelanjaan modal, modal kerja am atau membiayai semula hutang.

Pelabur (pemberi pinjaman) yang melabur dalam bon ini akan menerima bayaran kupon atau faedah tahunan dan juga nilai prinsipal pada akhir tempoh matang.

Harga
Harga ialah amaun yang pelabur sanggup bayar untuk bon. Harga bon boleh turun naik setiap hari berasaskan dinamik antara penawaran dan permintaan dan juga kuasa pasaran.

Kadar Hasil
Kadar pulangan yang anda terima untuk bon. Sebagai contoh, jika Bon ABC mempunyai harga $100 dan membayar faedah/kupon tahunan $10, maka kadar hasilnya ialah 10%. Pembayaran kupon tetap sama, manakala keluk pulangan bon bergerak secara songsang dengan harga (penerangan lanjut di bawah).

Kadar Hasil Bon Berbanding Harga
Harga bon bergerak secara songsang berbanding kadar hasil. Merujuk kepada formula yang sama di atas, jika harga bon meningkat kepada lebih daripada $100, maka kadar hasil kini jatuh di bawah 10%, kerana kupon sekarang dibahagikan dengan nilai lebih tinggi. Jika harga bon lebih rendah, maka kadar hasilnya lebih tinggi.

Satu lagi cara untuk memahamiistilah ini ialah membayangkan anda sendiri pelabur bon. Lebih rendah harga yang anda bayar untuk bon, lebih tinggi kadar hasil yang anda perolehi daripada pelaburan anda.

Kadar Hasil Sehingga Matang (YTM)
Kadar pulangan % ke atas bon mengandaikan pelabur memegang bon sehingga tarikh matang.

Nilai Par/Nilai Muka
Jumlah wang penerbit bon bersetuju untuk membayar pada akhir tempoh matang bon. Ini mungkin sama atau tidak sama dengan harga bon kerana kertas hutang tertentu diterbitkan pada premium atau diskaun.

Sebagai contoh, jika bon diterbitkan pada harga $80, tetapi nilai parnya ialah $100, ini bermakna bon diterbitkan pada diskaun 20%.

Hubungan songsang antara Kadar Faedah dan Harga Bon
Sebagai contoh, jika kadar faedah meningkat kepada 15%, maka Bon ABC yang hanya akan menjana bayaran kupon $10 atau memperolehi kadar hasil 10% kini tidak menarik kerana pelabur boleh mendapatkan kadar hasil lebih tinggi di tempat lain. Ini akan mencetus penurunan harga bon.

Sebaliknya, jika kadar faedah jatuh 8%, maka Bon ABC yang menyediakan bayaran kupon lebih tinggi adalah lebih menarik. Lazimnya ini akan meningkatkan permintaan dan akhirnya juga harga bon.

Dasar Wang Longgar/Ketat
Istilah ini sering digunakan untuk menggambarkan keputusan dasar wang. Bank pusat dengan Dasar Wang Longgar menyokong persekitaran kadar faedah rendah untuk menggalakkan pertumbuhan. Sebaliknya, bank pusat dengan dasar ketat menyokong kadar faedah tinggi untuk memastikan inflasi dikekang bagi mencegah ekonomi daripada menjadi terlalu hangat.

Tempoh
Tempoh ialah ukuran kepekaan harga bon kepada perubahan harga kadar faedah. Ini merupakan satu langkah penting kerana lebih panjang tempoh bon, lebih peka harganya kepada pergerakan kadar faedah.

Sebagai contoh, sebuah portfolio bon dengan tempoh 10 tahun lazimnya mengalami penurunan nilai lebih besar sekiranya terdapat peningkatan kadar faedah berbanding portfolio dengan tempoh hanya 1 tahun.

Apa itu keluk kadar hasil?
Keluk kadar hasil ialah graf yang memetakan kadar hasil bon bagi tarikh matang berbeza. Bergantung kepada bentuk keluk kadar hasil, ia mungkin memberitahu kita maklumat berbeza tentang apa yang difikirkan oleh pelabur bon apabila mempertimbangkan jangkaan pertumbuhan dan inflasi atau perubahan kadar faedah.

Kadar hasil normal
Keluk kadar hasil normal ialah keluk di mana bon bertarikh lebih panjang mempunyai kadar hasil lebih tinggi berbanding bon berjangka pendek. Umumnya, bon 10 tahun akan menawarkan kadar hasil lebih tinggi berbanding bon 2 tahun kerana risiko yang dikaitkan dengan pinjaman untuk tempoh masa lebih panjang.

Dari segi unjuran ekonomi, keluk kadar hasil normal mengandaikan bahawa pertumbuhan kekal kukuh pada masa depan dengan jangkaan inflasi yang lebih tinggi.

Keluk kadar hasil songsang

Keluk kadar hasil songsang ialah keluk di mana bon bertarikh lebih singkat mempunyai kadar hasil lebih tinggi berbanding bon jangka panjang. Walaupun ini jarang berlaku, keluk kadar hasil AS pernah menyongsang beberapa kali dalam sejarah.

Ini lazimnya menandakan kemelesetan atau penyusutan ekonomi kerana pelabur bon kurang yakin terhadap tinjauan dalam jangka panjang.

Apa yang dimaksudkan dengan keluk kadar hasil mendatar atau mencuram?
Keluk kadar hasil mencuram berlaku apabila:-
• Kadar jangka pendek jatuh lebih pantas daripada kadar jangka panjang; atau;
• Kadar jangka panjang meningkat lebih pantas daripada kadar jangka pendek.

Bentuk kadar hasil dianggap telah ‘mencuram’ apabila sebaran kadar hasil antara kadar jangka panjang dan jangka pendek telah menjadi ‘semakin lebar’.

Keluk kadar hasil mencuram lazimnya menandakan aktiviti ekonomi lebih kukuh dan jangkaan inflasi semakin meningkat.

Keluk kadar hasil semakin mendatar berlaku apabila:-
• Kadar jangka panjang jatuh lebih pantas daripada kadar jangka pendek atau;
• Kadar jangka pendek meningkat lebih pantas daripada kadar jangka panjang

Bentuk keluk kadar hasil dikatakan ‘mendatar’ apabila sebaran kadar hasil antara kadar jangka panjang dan jangka pendek telah menjadi ‘semakin kecil’.

Keluk kadar hasil mendatar sering mengunjurkan kelemahan ekonomi kerana menandakan inflasi akan kekal rendah buat tempoh tertentu.

Membina Kestabilan Dengan Bon
Itu sahaja pengisian untuk Bahagian 1 daripada 2 siri pendidikan kami mengenai instrumen pendapatan tetap.

Baca Bahagian 2 menerusi pautan di bawah, untuk meninjau betapa pentingnya penarafan kredit dan apakah maksud sebaran kadar yang semakin besar kepada pelabur

https://affinhwangam.com/insights/articles-commentaries/fixed-income-for-freshies-part-2
Penafian:
Kandungan artikel ini telah disediakan oleh Affin Hwang Asset Management Berhad (seterusnya dirujuk sebagai “Affin Hwang AM”) untuk kegunaan kumpulan sasaran khusus, dan untuk tujuan perbincangan sahaja. Semua maklumat terkandung dalam pembentangan ini dimiliki Affin Hwang AM dan tidak boleh disalin, diedarkan atau disebarkan dengan cara lain secara sepenuhnya atau sebahagiannya tanpa kebenaran bertulis daripada Affin Hwang AM. Maklumat yang terkandung dalam pembentangan ini mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada pandangan, analisis, unjuran dan jangkaan (secara bersama dirujuk sebagai “Pandangan”). 

Maklumat tersebut telah diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk daripada domain awam, dan hanya merupakan pernyataan berasaskan kerpercayaan. Walaupun pembentangan ini telah disediakan berdasarkan maklumat dan/atau Pandangan yang dipercayai betul pada masa pembentangan disediakan, Affin Hwang AM tidak memberikan jaminan secara tersurat atau tersirat terhadap ketepatan atau kelengkapan sebarang maklumat dan/atau Pandangan sedemikian. 

Seperti sebarang bentuk produk kewangan lain, produk kewangan yang disebutkan di dalam ini (jika ada) mempunyai pelbagai risiko. Walaupun usaha telah dibuat untuk mendedahkan semua risiko yang mungkin dihadapi, produk kewangan mungkin tertakluk kepada risiko terwujud yang timbul di luar jangkaan kami. Produk kewangan ini mungkin langsung tidak sesuai untuk anda, jika anda tidak sanggup menanggung risiko yang timbul daripada dan/atau behubung dengannya. 

Affin Hwang AM tidak menjadi penasihat atau ejen kepada mana-mana individu yang menjadi sasaran pembentangan ini. Individu tersebut mesti membuat penilaian bebas sendiri tentang kandungan pembentangan ini, tidak harus menganggap kandungan ini sebagai nasihat berhubung dengan hal ehwal undang-undang, perakuanan, percukaian atau pelaburan dan hendaklah berunding dengan penasihat masing-masing. 

Affin Hwang AM dan syarikat-syarikat sekutunya boleh bertindak sebagai principal dan ejen dalam mana-mana urus niaga yang dipaparkan dalam pembentangan ini, atau sebarang transaksi lain berhubung dengan transaksi tersebut, dan hasilnya menerima yuran broker, komisen atau pendapatan lain. Tiada apa dalam pembentangan ini yang bertujuan untuk membuat atau dianggap sebagai tawaran untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan apa-apa sekuriti. 

Affin Hwang AM atau mana-mana pengarah, kakitangan atau wakilnya tidak menanggung sebarang liabiliti (termasuk liabiliti kepada mana-mana pihak kerana kecuaian, atau salah nyata cuai) daripada sebarang kenyataan, pandangan, maklumat atau perkara (tersurat atau tersirat) yang timbul daripada, terkandung dalam atau dihasilkan daripada atau teringgal daripada pembentangan ini, melainkan liabiliti di bawah undang-undang yang tidak boleh dikecualikan.
Hello, I'm Nadia. How may I help you?
Talk to Nadia
Close
Not sure what to ask? Try these.
  1. I forgot my i-Access password.
  2. How to perform redemption?
  3. What is the minimum amount to open an investment account?
  4. Checklist for deceased redemption.
  5. What is the best fund for me?
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
CUSTOMER CARE
1800 88 7080 (Malaysia)

+603 2116 6000 (International)

+6012 606 8685 (WhatsApp)
PRIVI ENQUIRIES

1800 222 777

+6012 606 8995 (WhatsApp)


Copyright © 2021 Affin Hwang Asset Management Bhd
TENG CHEE WAI

Managing Director
Teng Chee Wai is the founder of Affin Hwang Asset Management Berhad (Affin Hwang AM). Over the past decade, he has built the Company to be the fastest growing and only independent investment management house in Malaysia’s top three, with an excess of RM47 billion in assets under management as at 31 December 2018.​

​In his capacity as Managing Director / Executive Director, Teng manages the overall business and strategic direction as well as the management of the investment team. His hands-on approach sees him actively involved in investments, product development and marketing. Teng’s critical leadership and regular participation in reviewing and assessing strategies and performance has been pivotal in allowing the Company to successfully navigate the economically turbulent decade.

Teng’s investment management experience spans more than 20 years, and his key area of expertise is in managing absolute return mandates for insurance assets and investment-linked funds in both Singapore and Malaysia. Prior to his current appointments, he was the Assistant General Manager (Investment) of Overseas Assurance Corporation (OAC) and was responsible for the investment function of the Group Overseas Assurance Corporation Ltd.​

​Teng began his career in the financial industry as an Investment Manager with NTUC Income, Singapore. He is a Bachelor of Science graduate from the National University of Singapore and has a Post-Graduate Diploma in Actuarial Studies from City University in London.
Ooops!
Generic Popup