Menilai Kedudukan Kewangan Anda
SHARE THIS PAGE:
Jika anda telah berjaya memulakan proses pelaburan, tahniah diucapkan dan selamat datang ke kelab pelabur! Memandangkan anda telah mengambil langkah pertama untuk menguruskan kekayaan dan kewangan anda, kini sudah tiba masanya untuk mengambil langkah seterusnya – menilai semula kewangan dan portfolio anda.

Sepertimana pemeriksaan perubatan berkala, anda hendaklah menilai pelaburan dan kedudukan kewangan anda dari masa ke masa untuk memastikan kekukuhannya. Ada yang membuat penilaian secara tahunan, manakala yang lain pula mahu meninjau secara separa tahunan dan suku tahunan. Anda boleh melakukan penilaian ini sendiri mengikut keperluan anda, tetapi apabila melakukanya, berikut adalah beberapa soalan yang patut ditanya kepada diri sendiri apabila membuat penilaian kewangan.
Soalan 1: Adakah saya mampu mencapai sasaran kewangan saya? 
Penilaian kewangan seharusnya merupakan proses yang berterusan – bukannya dilakukan sekali sahaja! Jadi jika anda sudah agak lama tidak menilai matlamat anda, ada baiknya untuk meneliti semula matlamat ini sekarang.

Pastikan anda mencapai sasaran simpanan, mempunyai dana untuk kecemasan dan keperluan mendesak dan mengenal pasti perubahan dalam hidup anda sejak penilaian terdahulu. Jika ada, sila buat pelarasan yang sewajarnya.

Memang amat berguna untuk melakukan proses ini dari masa ke masa –inilah cara yang baik untuk memastikan rancangan anda menepati sasaran dan terus menguntungkan anda di samping membolehkan anda merangka rancangan lebih baik untuk tempoh enam bulan akan datang pada tahun semasa.
Soalan 2: Apa yang sedang berlaku dengan portfolio pelaburan saya? 
Seperti penilaian kewangan anda, menyemak pelaburan anda secara berkala akan membolehkan anda memastikan portfolio anda sesuai dengan toleransi risiko, tempoh masa masa pelaburan dan keadaan kewangan anda.

Mulakan dengan menilai portfolio pelaburan untuk melihat sama ada portfolio sedia ada masih memenuhi keperluan anda. Jika portfolio tidak lagi memenuhi matlamat anda, pertimbangkan untuk melakukan perubahan. Perubahan ini termasuk mengurangkan risiko; mempelbagaikan pendedahan pelaburan kepada pasaran geografi yang berbeza; atau secara beransur-ansur meningkatkan sumbangan pelaburan bulanan anda.

Tujuannya ialah untuk memastikan anda semakin mendekati dengan matlamat pelaburan anda.
Soalan 3: Adakah perlindungan insurans semasa saya mencukupi? 
Satu langkah bijak yang boleh anda ambil ialah menyemak polisi insurans anda dan memastikan tahap perlindungan memenuhi keperluan semasa dan juga matlamat jangka panjang anda.

Jika bilangan ahli keluarga anda semakin bertambah, anda mungkin mahu meningkatkan jumlah perlindungan insurans untuk melindungi orang-orang tersayang. Jika anda mempunyai anak berusia di bawah 18 tahun, anda perlu menyemak sama ada mereka masih dilindungi di bawah polisi insurans kesihatan dan kehilangan upaya.

Pertimbangkan juga untuk mengambil insurans haiwan peliharaan jika anda baru sahaja mengambil haiwan kecil untuk dipelihara. Ia mungkin kelihatan seperti satu perbelanjaan yang tidak diperlukan tetapi sekiranya kejadian tidak diingini berlaku, insurans haiwan mungkin menjadi penentu sama ada anda mampu mendapatkan rawatan perubatan yang menelan belanja besar atau menamatkan hayatnya atas dasar belas kasihan.
Soalan 4: Bagaimana saya menguruskan perbelanjaan saya?
Adakah anda telah berbelanja melebihi bajet beberapa kali dan terpaksa menggunakan wang simpanan anda? Adakah anda terlebih belanja bagi sesuatu bil bulanan yang berulang? Jika anda menjawab ya, sudah tiba masanya bagi anda untuk kembali ke landasan yang betul.

Tinjau semula segala perbelanjaan anda dalam tempoh 6 bulan lepas, supaya anda dapat melihat di mana wang anda dibelanjakan setiap bulan dan tentukan perbelanjaan tidak perlu yang anda buat – seperti pembelian gerak hati yang dibuat di sesebuah kedai.

Kemudian kaji bajet bulanan anda dan lihat sama ada anda boleh membuat peruntukan yang lebih baik untuk memastikan anda tidak berbelanja berlebihan sambil mengambil kira kemungkinan pembelian berasaskan gerak hati atau sebarang bil berkala baharu.

Sesungguhnya anda harus terus berbelanja mengikut bajet dan menjadikannya panduan apabila membuat keputusan kewangan.
Soalan 5: Adakah saya telah menguruskan hutang dengan lebih baik? 
Mulakan dengan membuat senarai semua hutang dan jumlah keseluruhan yang dihutang. Anda boleh berbuat demikian dengan menggunakan perisian lembaran kerja atau mencatatkan dalam buku nota – berasaskan apa yang terbaik untuk anda! Senarai ini akan membantu anda melihat gambaran keseluruhan tentang hutang anda dan berapa lama setiap hutang perlu dijelaskan.

Adakah anda membayar hutang tepat pada masanya? Tetapkan jadual dalam kalendar untuk menjelaskan bayaran bulanan supaya anda tidak terlepas pandang.

Anda perlu meninjau semula senarai ini dari masa ke masa dan mengemas kini maklumat setiap bulan apabila jumlah keseluruhan hutang anda berubah.
Penafian:
Kandungan artikel ini telah disediakan oleh Affin Hwang Asset Management Berhad (seterusnya dirujuk sebagai “Affin Hwang AM”) untuk kegunaan kumpulan sasaran khusus, dan untuk tujuan perbincangan sahaja. Semua maklumat terkandung dalam pembentangan ini dimiliki Affin Hwang AM dan tidak boleh disalin, diedarkan atau disebarkan dengan cara lain secara sepenuhnya atau sebahagiannya tanpa kebenaran bertulis daripada Affin Hwang AM. Maklumat yang terkandung dalam pembentangan ini mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada pandangan, analisis, unjuran dan jangkaan (secara bersama dirujuk sebagai “Pandangan”).

Maklumat tersebut telah diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk daripada domain awam, dan hanya merupakan pernyataan berasaskan kerpercayaan. Walaupun pembentangan ini telah disediakan berdasarkan maklumat dan/atau Pandangan yang dipercayai betul pada masa pembentangan disediakan, Affin Hwang AM tidak memberikan jaminan secara tersurat atau tersirat terhadap ketepatan atau kelengkapan sebarang maklumat dan/atau Pandangan sedemikian.

Seperti sebarang bentuk produk kewangan lain, produk kewangan yang disebutkan di dalam ini (jika ada) mempunyai pelbagai risiko. Walaupun usaha telah dibuat untuk mendedahkan semua risiko yang mungkin dihadapi, produk kewangan mungkin tertakluk kepada risiko terwujud yang timbul di luar jangkaan kami. Produk kewangan ini mungkin langsung tidak sesuai untuk anda, jika anda tidak sanggup menanggung risiko yang timbul daripada dan/atau behubung dengannya.

Affin Hwang AM tidak menjadi penasihat atau ejen kepada mana-mana individu yang menjadi sasaran pembentangan ini. Individu tersebut mesti membuat penilaian bebas sendiri tentang kandungan pembentangan ini, tidak harus menganggap kandungan ini sebagai nasihat berhubung dengan hal ehwal undang-undang, perakuanan, percukaian atau pelaburan dan hendaklah berunding dengan penasihat masing-masing.

Affin Hwang AM dan syarikat-syarikat sekutunya boleh bertindak sebagai principal dan ejen dalam mana-mana urus niaga yang dipaparkan dalam pembentangan ini, atau sebarang transaksi lain berhubung dengan transaksi tersebut, dan hasilnya menerima yuran broker, komisen atau pendapatan lain. Tiada apa dalam pembentangan ini yang bertujuan untuk membuat atau dianggap sebagai tawaran untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan apa-apa sekuriti.

Affin Hwang AM atau mana-mana pengarah, kakitangan atau wakilnya tidak menanggung sebarang liabiliti (termasuk liabiliti kepada mana-mana pihak kerana kecuaian, atau salah nyata cuai) daripada sebarang kenyataan, pandangan, maklumat atau perkara (tersurat atau tersirat) yang timbul daripada, terkandung dalam atau dihasilkan daripada atau teringgal daripada pembentangan ini, melainkan liabiliti di bawah undang-undang yang tidak boleh dikecualikan.
Hello, I'm Nadia. How may I help you?
Talk to Nadia
Close
Not sure what to ask? Try these.
  1. I forgot my i-Access password.
  2. How to perform redemption?
  3. What is the minimum amount to open an investment account?
  4. Checklist for deceased redemption.
  5. What is the best fund for me?
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
CUSTOMER CARE
1800 88 7080 (Malaysia)

+603 2116 6000 (International)

+6012 606 8685 (WhatsApp Only)
PRIVI ENQUIRIES

1800 222 777

+6012 606 8995 (WhatsApp Only)


Copyright © 2022 Affin Hwang Asset Management Bhd
TENG CHEE WAI

Managing Director
Teng Chee Wai is the founder of Affin Hwang Asset Management Berhad (Affin Hwang AM). Over the past decade, he has built the Company to be the fastest growing and only independent investment management house in Malaysia’s top three, with an excess of RM47 billion in assets under management as at 31 December 2018.​

​In his capacity as Managing Director / Executive Director, Teng manages the overall business and strategic direction as well as the management of the investment team. His hands-on approach sees him actively involved in investments, product development and marketing. Teng’s critical leadership and regular participation in reviewing and assessing strategies and performance has been pivotal in allowing the Company to successfully navigate the economically turbulent decade.

Teng’s investment management experience spans more than 20 years, and his key area of expertise is in managing absolute return mandates for insurance assets and investment-linked funds in both Singapore and Malaysia. Prior to his current appointments, he was the Assistant General Manager (Investment) of Overseas Assurance Corporation (OAC) and was responsible for the investment function of the Group Overseas Assurance Corporation Ltd.​

​Teng began his career in the financial industry as an Investment Manager with NTUC Income, Singapore. He is a Bachelor of Science graduate from the National University of Singapore and has a Post-Graduate Diploma in Actuarial Studies from City University in London.
Ooops!
Generic Popup